BENDA Napoleon Bob 250 akan masuk Malaysia pada minggu pertama Januari 2025 selepas motosikal jenis bobber itu dipertonton di Ipoh, Perak pada bulan Oktober 2024.
Masih belum ada rasmi lagi tapi Napoleon Bob 250 mungkin diperkenalkan dengan harga sekitar RM20,000 hingga RM25,000. Syarikat yang akan lancar model ini sudah tentunya MForce Bike Holdings (MForce).
MForce perkenalkan jenama BENDA di Malaysia sempena Malaysia Autoshow 2024 di Selangor dengan pelancaran dua model kategori 500cc iaitu Darkflag 500 dan Bob 500.
BENDA Napoleon Bob 250 yang sudah tentu berpotensi menjadi antara model popular di Malaysia. Salah satu sebab ialah model ini mesra pemegang lesen B2 dan harga agak menarik.
Ada banyak ciri menarik tentang Napoleon Bob 250 ialah reka bentuknya yang jiwa klasik tetapi dilengkapi teknologi moden. Contohnya, lampu LED depan, signal dan belakang.
Brek jenis cakera di roda depan dan belakang dengan teknologi Sistem Brek ABS (depan dan belakang). Untuk pastikan motosikal lebih stabil, ada juga Traction Control untuk mengawal cengkaman roda.
Meter BENDA Napoleon Bob 250 bentuknya bulat tetapi paparan digital LCD. Ini bukan tarikannya. Kalau tengok meter itu, paparan menunjukkan speedometer digital jenis jarum dan ada petunjuk gear.
Lampu brek diletakkan di bawah tempat duduk tapi lampu signal belakang disediakan di atas pemegang nombor plat di belakang roda belakang.
Fork BENDA Napoleon Bob 250 adalah fork telekopik biasa dan apa menjadikannya lebih unik ialah ada sepasang absober dipasang di depan sebagai sistem sokongan fork.
Dua absober itu boleh laras keras atau lembut dan bertujuan membuatkan bahagian depan motosikal lebih stabil dengan mengurangkan nose dive.
Kalau tengok susunan absober belakang, memang nampak rumit tapi fungsinya tetap sama.
Satu lagi benda menarik ialah Napoleon Bob 250 menggunakan rantai dan set spoket bukannya jenis belting untuk gerakkan roda belakang.
Tak terhenti di situ, BENDA Napoleon Bob 250 menggunakan enjin jenis V-Twin (dua silinder) pada ketika pengeluar lain lebih suka guna enjin 2-inline. Ini antara benda unik yang ada pada motosikal bobber ini.
Ini pula data teknikalnya atau spesifikasi BENDA Napoleon Bob 250:
- Enjin 4 strok silinder V-Twin 249cc V-Twin SOHC 8 injap bersama sistem penyejukan cecair dan sistem pancitan bahan api (FI)
- Hasil kuasa maksimum 25.5hp @ 9,000rpm
- Tork maksimum 25Nm @ 5,500rpm
- Kotak gear 6-kelajuan klac manual siap dengan klac sliper
- Sistem pacuan rantai bukannya belt
- Instrumen meter LCD digital berwarna
- Fork teleskopik konvensional dengan sokongan absober tambahan boleh dilaras
- Absorber berkembar di belakang
- Rim aloi depan 18 inci dengan tayar 130/80
- Rim aloi belakang 18 inci juga dengan tayar 160/70
- Brek cakera tunggal depan dan belakang siap ada Sistem ABS dua saluran dan Traction Control (TCS)
- Ukuran panjang: 2,333mm
- Ukuran lebar: 838mm
- Ukuran tinggi: 1,038mm
- Jarak antara roda: 1,545mm.
- Jarak tinggi bumi: 120mm
- Tinggi tempat duduk: 748mm
- Berat motosikal: 182kg
- Saiz tangki minyak: 9.5 liter