Selepas Yamaha Y15ZR 2023 dan Yamaha Y15ZR SE 2023, HLYM kini memperkenalkan pula Yamaha Y15ZR 2024. Model moped tersebut kini tampil dengan tiga pilihan warna baharu iaitu Grey, Blue dan Cyan. Harga jualan asasnya tidak berubah, masih kekal sebanyak RM 8,998.00. Beralih ke bahagian spesifikasi, juga tiada sebarang perubahan atau naik taraf terkini. Selain itu, setiap pembeli akan turut menerima kunci cakera Yamaha secara percuma, bernilai RM 100.00.