Model skuter Yamaha NVX 2024 baru-baru ini telah diperkenalkan di pasaran Malaysia, dengan empat pilihan warna baharu. Bagi varian Standard (Blue & Bronze), harga asasnya kini ialah sebanyak RM 9,998.00, dan RM 11,698.00 untuk varian ABS (Cyan Sky & Premium Navy).
Harga asas untuk kedua-dua varian tersebut didapati telah mengalami peningkatan, berbanding harga asas bagi modelĀ Yamaha NVX 2023. Aspek spesifikasi, tiada sebarang perubahan terkini. Yamaha NVX 2024 memiliki enjin 155cc, dengan kuasa maksimum 15.4PS dan tork 13.9Nm.