Untuk pasaran tempatan, QJ Motor Malaysia baru-baru ini telah melancarkan tiga buah model baharu yang menarik, iaitu model skuter QJ Motor Fort 350 2024, model adventure QJ Motor SVT650X 2024, dan juga sebuah model cruiser yang bergaya iaitu QJ Motor SRV700 2024.
Month: May 2024
QJ Motor SVT650X 2024 dilancarkan di Malaysia – RM 35,888.00
Cyclone MK125 Classic 2024 kini di Malaysia, harga RM 5,988.00
Jenama motosikal terbaharu Cyclone Malaysia yang diedarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., baru-baru ini dengan rasminya melancarkan Cyclone MK125 Classic 2024. Model kapcai adventure itu dilancarkan di Malaysia Autoshow 2024 (16 – 22 Mei), dan akan memberikan saingan kepada Aveta Ranger Cub Cross 115 2024 dan Aveta Ranger Max Explorer 2024.
QJ Motor Fort 350 2024 kini rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, harga RM 23,888.00
Di pasaran Malaysia pada ketika ini, ramai peminat skuter yang merasa teruja dengan ketibaan Honda ADV350 2024. Namun begitu terdengar rungutan yang mengatakan harga asas yang ditawarkan untuk model tersebut agak tinggi, iaitu sebanyak RM 33,999.00. Jika benar, mungkin para peminat skuter tempatan boleh mempertimbangkan model QJ Motor Fort 350 2024.
Voge CU525 2024 dilancarkan di Malaysia, harga RM 29,888.00
Voge Malaysia (MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.) baru-baru ini bukan saja melancarkan model moped terbaharu Voge FR150 2024, malah turut melancarkan model cruiser Voge CU525 2024. Model itu tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Green, Black dan Blue. Harganya pula ialah sebanyak RM 29,888.00 sahaja (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Voge FR150 2024 dilancarkan di Malaysia, harga RM 8,888.00
MForce Bike selaku pengedar rasmi motosikal berjenama Voge di pasaran Malaysia baru-baru ini secara rasmi melancarkan sebuah model moped terbaharu iaitu Voge FR150 2024. FR di sini merujuk kepada perkataan Formica Rossa, bermaksud Semut Merah di dalam Bahasa Melayu. Harga asasnya ditawarkan sebanyak RM 8,888.00 sahaja, yang boleh dikatakan berpatutan.






