Untuk pasaran tempatan, QJ Motor Malaysia baru-baru ini telah melancarkan tiga buah model baharu yang menarik, iaitu model skuter QJ Motor Fort 350 2024, model adventure QJ Motor SVT650X 2024, dan juga sebuah model cruiser yang bergaya iaitu QJ Motor SRV700 2024.
QJ Motor SRV700 tampil dengan tiga pilihan warna, dan harga asasnya ditetapkan pada RM 33,888.00 sahaja (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Di bahagian enjin, ianya bersesaran 698cc (2-cylinder, 8-valve, DOHC, liquid-cooled) dengan transmisi enam kelajuan.
Enjin itu kemudiannya menghasilkan prestasi yang memuaskan, pada paras maksimum 75hp @ 8,750rpm dengan tork maksimum 68.2Nm @ 6,250rpm. Spesifikasi lain termasuklah fork depan upside-down, suspensi belakang tunggal, dan sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel.
QJ Motor SRV700 seterusnya dilengkapi sistem lampu LED, panel meter digital LCD berbentuk bulat bersaiz 6.0 inci, tangki bahan api 16 liter, tinggi tempat duduk 720 mm, dan sepasang tayar yang bersaiz 130/90-16 (depan) dan 150/80-16 (belakang). Beratnya 208 kg (curb weight).