Pada penghujung tahun yang lepas, model naked Honda CB650R 2024 versi facelift terbaharu telah diperkenalkan di pasaran Eropah. Selain tampil dengan reka bentuk yang lebih sporty dan elegan, model tersebut juga dilengkapi ciri-ciri baharu, termasuklah teknologi Honda E-Clutch.
Model tersebut kemudiannya turut dilancarkan di pasaran Thailand. Bagi varian Standard, ianya ditawarkan pada harga THB 312,100 (RM 40,376.32). Varian Honda E-Clutch pula mempunyai tanda harga THB 332,100 (RM 42,963.72). Kedua-dua varian tampil dengan tiga pilihan warna.
Ciri-ciri baharu lain yang melengkapi Honda CB650R 2024 ialah panel meter TFT baharu bersaiz 5.0 inci yang berwarna sepenuhnya, serta lengkap dengan teknologi canggih Honda RoadSync. Selain itu ianya juga dilengkapi Handle Switch with HSTC dan Emergency Stop Signal (ESS).
Pada bahagian enjin, ianya kekal bersesaran 648.72cc (liquid-cooled, 16-valve, DOHC, inline 4-cylinder) dengan janaan 93.87hp @ 12,000rpm dan tork 63Nm @ 9,500rpm. Melengkapkan lagi model tersebut ialah fork depan jenis upside-down dan sistem brek depan dengan kaliper 4 pot.