Yamaha MT-25 2024 diperkenalkan, harga asas kini RM 23,998.00

Model naked Yamaha MT-25 2024 kini diperkenalkan di pasaran Malaysia, dengan dua pilihan warna baharu iaitu Midnight Cyan dan Midnight Black. Harga asasnya kini ditawarkan sebanyak RM 23,998.00, meningkat RM 1,000.00 berbanding harga asas bagi model tahun 2022/2023.

Yamaha MT-25 2024 masih mengekalkan spesifikasi terdahulu, tanpa sebarang naik taraf terkini. Enjinnya bersesaran 249cc, dengan kuasa maksimum 35.4hp dan tork puncak 22.6Nm. Setiap pembeli akan turut menerima kunci cakera Yamaha yang bernilai RM 100.00 secara percuma.