Yamaha TMax Tech Max 2024 diperkenalkan di pasaran Malaysia, harga RM 74,998.00

Yamaha TMax Tech Max 2024 kini diperkenalkan di pasaran Malaysia, dengan dua pilihan warna baharu Tech Black dan Dark Magma. Harga jualannya sebanyak RM 74,998.00, sama seperti model tahun 2022. Setiap pembeliannya akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM 100.00 secara percuma. Tempoh jaminan ditawarkan selama 2 tahun atau 20,000 km perjalanan, yang mana tiba dahulu.

Yamaha TMax Tech Max 2024 dilengkapi enjin 562cc (liquid-cooled, parallel twin-cylinder, 4-stroke, 4-valves, DOHC) dengan sistem transmisi automatik CVT. Kuasa maksimumnya 47.6hp @ 7,500rpm dengan tork maksimum 55.7Nm @ 5,250rpm. Ciri-ciri menariknya seperti ride-by-wire, traction control, D-Mode untuk pilihan mod enjin, smart key, sistem sambungan MyRide-Link, dan tangki bahan api 15 liter.