Zontes 125C 2024 bakal ditawarkan di pasaran Eropah

Diperkenalkan secara rasmi di EICMA 2023, kini model bergaya custom terbaharu Zontes 125C 2024 bakal ditawarkan di pasaran Eropah tidak lama lagi. Sementara itu di pasaran China, model yang sama dikenali sebagai Kiden KD150-C 2023, dengan kelengkapan enjin 150cc.

Zontes 125C akan dilengkapi enjin bersesaran 125cc, namun maklumat terperincinya buat masa ini belum didedahkan. Apa yang dapat dilihat ialah model tersebut didatangkan dengan ciri-ciri seperti sistem lampu LED, panel meter digital LCD, dan tangki bahan api berkapasiti 16 liter.

Spesifikasi lainnya termasuklah brek cakera depan dengan diameter yang besar, rim roda aluminium dan tempat duduk yang direka khas. Untuk pasaran Malaysia, model ini dijangka mempunyai nilai pasaran yang tersendiri, namun dengan enjin sama ada 150cc atau 200cc.