Yamaha Spark 135 model tahun 2013 di pasaran Thailand

Yamaha Spark 135 di pasaran Thailand pernah ditawarkan dalam pelbagai pilihan skim warna yang menarik, antaranya seperti model keluaran tahun 2013 ini. Bagi model yang dipaparkan di sini, tiga pilihan warna ditawarkan dengan sentuhan warna merah, biru dan hitam, serta tersedia dengan dua pilihan rim roda sama ada aloi atau jenis lidi.

Walaupun telah lama berada di pasaran dan kini telah digantikan dengan model baharu generasi terkini yang lebih sporty dan canggih, Yamaha Spark 135 (Yamaha 135LC generasi pertama) telah pun terpahat di dalam sejarah dunia permotoran sebagai salah satu model keluaran Yamaha yang sangat popular dan berjaya di rantau ASEAN.

Artikel berkaitan :