Pada bulan Mei 2023 yang lepas, Benda Motorcycle telah memperkenalkan model terbaharu Benda Napoleon 450 2023, sebuah model bobber yang tampil dengan gaya retro.
Model tersebut ditawarkan untuk pasaran China. Enjinnya bersesaran 448cc (V-Twin cylinders, 8-valves) dengan kuasa maksimum 49.6hp @ 8,500rpm dan tork 45Nm @ 7,000rpm.
Model seberat 196 kg (curb weight) itu mempunyai kelajuan maksimum 160 km/j. Tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 16 liter, manakala saiz tayar 150/80-R15 (depan) 180/65-R16 (belakang). Tinggi tempat duduk model tersebut berada pada paras 695 mm sahaja.
Benda Napoleon 450 2023 seterusnya turut dilengkapi sistem brek ABS, TCS dan sistem lampu LED. Pastinya menarik jika model bobber seperti ini turut dilancarkan di pasaran Malaysia.