Yamaha X1R model tahun 2008 di pasaran Thailand

Suatu ketika dahulu di pasaran Thailand, terdapat sebuah model moped yang tampil dengan gaya rekaan unik, berani dan tersendiri. Model tersebut ialah Yamaha X1R, yang diasaskan daripada model Yamaha Spark 135. Kedua-dua model berkenaan dilengkapi enjin 135cc.

Untuk makluman, tiga keping gambar Yamaha X1R yang disiarkan di sini merupakan model keluaran tahun 2008. Terdapat dua versi yang ditawarkan, iaitu versi dengan rim berjejari, dan juga versi dengan rim aloi. Ianya adalah sama seperti Yamaha X1R model tahun 2007 ini.

Untuk pasaran Malaysia, Yamaha X1R tidak pernah ditawarkan oleh HLYM. Sebabnya mungkin kerana reka bentuk kepala, panel meter dan bahagian dada depannya yang boleh dikatakan kurang menarik, dan dirasakan tidak menepati citarasa peminat motosikal moped tempatan.