Model adventure terbaharu CFMOTO 450MT 2024 kini rasmi ditawarkan di pasaran Australia, dengan harga jualan sebanyak $8,990.00, bersamaan RM 28,468.37 (kadar semasa).
Dua pilihan warna menariknya ialah Tundra Grey dan Zephyr Blue. Enjinnya bersesaran 449cc (2-Cylinder, Liquid-Cooled, DOHC) dan digandingkan dengan transmisi enam kelajuan.
Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 43.6hp @ 8,500rpm dengan tork maksimum 44Nm @ 6,250rpm. Untuk perjalanan lebih jauh, tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 17.5 liter.
Spesifikasi menarik lain pada CFMOTO 450MT 2024 ini termasuklah sistem suspensi premium KYB, ABS di bahagian belakang dan TCS yang boleh dinyahaktifkan, panel meter digital 5″ TFT dengan paparan berwarna, sistem Bluetooth, dan skrin penghadang angin boleh laras.
Tinggi tempat duduk berada pada paras 820 mm, jarak kelegaan tanah 220 mm, dan sepasang tayar tampil dalam siri 90/90-21 (depan) dan 140/70-18 (belakang). Berat keringnya 175 kg.
Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan model kembara lasak CFMOTO 450MT 2024 ini akan turut dilancarkan nanti. Untuk peminat model ini, sama-samalah kita nantikan kehadirannya.