KTM 890 SMT 2024 bakal tiba di pasaran Malaysia, harga di bawah RM 110k, terhad 8 unit sahaja

KTM Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan ketibaan model supermoto terbaharu KTM 890 SMT 2024 untuk pasaran tempatan, yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Setakat ini tempahan untuk model tersebut telah dibuka, dan harga asasnya diumumkan sebanyak RM 10X,800.00 sahaja. Bagaimanapun untuk anda yang berminat, tempahan perlu dibuat dengan segera kerana model CBU tersebut akan ditawarkan sebanyak 8 unit sahaja.

Aspek spesifikasi, KTM 890 SMT ini dikuasakan enjin bersesaran 889cc (2-cylinder, 4-stroke, parallel twin) dengan kuasa maksimum 105hp @ 8,000rpm dan tork 100Nm @ 6,500rpm.

Jentera dengan berat kering 194 kg itu kemudiannya dilengkapi tangki bahan api 15.8 liter. Tinggi tempat duduknya berada pada paras 860 mm. Kedua-dua rodanya bersaiz 17 inci.