Month: October 2023

Honda Gold Wing 2024 terima warna baharu di pasaran Eropah

Untuk pasaran Eropah, model touring flagship Honda Gold Wing 2024 kini telah menerima skim warna baharu Matt Armoured Green Metallic, dengan perincian warna perang di bahagian luaran enjinnya. Spesifikasi enjinnya pula kekal sama seperti model tahun sebelumnya, iaitu berkapasiti 1,833cc (liquid-cooled, 4-stroke, 24 valve, SOHC, flat-6) dengan padanan transmisi DCT. Kuasa maksimum yang dihasilkannya 124.7hp […]

Triumph Thruxton Final Edition 2024 tampil sebagai model terakhir

Triumph Motorcycles baru-baru ini telah memperkenalkan model pengeluaran terakhir Triumph Thruxton, sebagai model Triumph Thruxton Final Edition 2024. Ianya diasaskan daripada model Thruxton RS dengan skim warna eksklusif Competition Green, dan setiap unit akan didatangkan dengan nombor siri unik. Dokumen berkaitannya yang istimewa akan ditandatangani oleh setiap ahli pasukan rekaan Thruxton 1200 dan CEO Triumph […]

Kawasaki Ninja ZX-14R 40th Anniversary Edition 2024

Selepas Ninja ZX-4RR, Ninja ZX-6R dan Ninja ZX-10R versi 40th Anniversary Edition, sebuah lagi model yang diperkenalkan dalam versi sama ialah Kawasaki Ninja ZX-14R 40th Anniversary Edition 2024. Di pasaran USA, model dengan skim warna istimewa dan bersejarah Lime Green / Pearl Crystal White / Blue itu ditawarkan dengan harga $17,249.00, bersamaan RM 82,441.60.

Kawasaki Ninja ZX-10R 40th Anniversary Edition 2024

Kawasaki rasmi memperkenalkan tiga buah model istimewa iaitu Kawasaki Ninja ZX-4RR 40th Anniversary Edition 2024, Kawasaki Ninja ZX-6R 40th Anniversary Edition 2024, dan model Kawasaki Ninja ZX-10R 40th Anniversary Edition 2024. Ketiga-tiga model tersebut diperkenalkan bagi meraikan ulang tahun ke-40 model Ninja, yang muncul buat pertama kali pada tahun 1984.