Model yang dikenali dengan nama Yamaha SRV-1 keluaran tahun 1999 ini mirip model popular Yamaha RX-Z 135. Bezanya ialah Yamaha SRV-1 ini dilengkapi enjin empat lejang yang dipercayai bersesaran 150cc, sama seperti model Yamaha SR-Z keluaran tahun 1993 dan 1994 yang mempunyai rekaan sama seperti Yamaha RX-Z 135.
Month: October 2023
Yamaha SR-Z model tahun 1993 dan 1994, reka bentuk sporty, dilengkapi enjin empat lejang
Model motosikal yang anda lihat di sini bukanlah Yamaha RX-Z, sebaliknya model Yamaha SR-Z, seperti mana nama yang tertera di badannya. Berdasarkan maklumat yang sangat terhad, Yamaha SR-Z ini dikatakan keluaran tahun 1993 dan 1994, namun tidak dapat dipastikan sama ada maklumat ini tepat atau pun tidak.
Modenas Kriss SG pernah dilancarkan di pasaran Malaysia
Modenas Kriss SG merupakan salah satu varian daripada model Modenas Kriss, dilancarkan di pasaran tempatan pada bulan Mac 2002. Model tersebut dikeluarkan khusus sebagai model bajet yang dijual pada harga lebih rendah berbanding model Kriss 110. SG bermaksud Serba Guna yang disasarkan untuk kegunaan peniaga.
Ekzos bising pada motosikal mampu meningkatkan kelajuan – fakta atau auta?
Sejak akhir-akhir ini, isu ekzos bising atau ekzos perang @ prangggg pada motosikal menjadi topik panas yang dibincangkan bukan saja oleh komuniti peminat motosikal di seluruh negara, malah oleh masyarakat awam dan juga pihak media. Ekzos bising telah lama menjadi isu di negara kita, namun kenapakah ianya tiba-tiba meletup tahun ini?
Suzuki Burgman 400 2022 di pasaran Malaysia – RM 45,999.00
Pada awal tahun 2021 yang lalu, Suzuki Malaysia secara rasmi telah melancarkan model skuter terbaharu Suzuki Burgman 400 2022. Tampil dengan pilihan warna tunggal Metallic Mat Sword Silver, harga jualan asas yang ditawarkan untuk model tersebut adalah sebanyak RM 45,999.00, di samping tempoh jaminan selama 2 tahun atau jarak perjalanan sehingga 20,000 km.






