Honda RS-X Repsol Edition 2023 diperkenalkan – RM 9,998.00

Boon Siew Honda pada hari ini rasmi memperkenalkan model Honda RS-X Repsol Edition 2023, dalam edisi terhad 5,000 unit sahaja. Harga jualan asas yang ditetapkan untuk model berkenaan ialah sebanyak RM 9,998.00, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Harga itu telah meningkat sedikit berbanding harga RM 9,948.00 untuk Honda RS-X Repsol Edition 2022.

Selain perubahan skim warna, Honda RS-X Repsol Edition 2023 masih mengekalkan spesifikasi yang sama seperti model tahun sebelumnya. Enjinnya bersesaran 149.16cc, menawarkan kuasa maksimum 15.8hp @ 9,000rpm dengan tork maksimum 13.6Nm @ 7,000rpm. Melengkapkannya ialah sistem lampu LED, tangki bahan api 4.5 liter, dan sistem brek dengan ABS Single Channel.

Galeri : Honda RS-X Repsol Edition 2023

Galeri : Honda RS-X Repsol Edition 2022