Kawasaki Ninja ZX-14R 40th Anniversary Edition 2024

Selepas Ninja ZX-4RR, Ninja ZX-6R dan Ninja ZX-10R versi 40th Anniversary Edition, sebuah lagi model yang diperkenalkan dalam versi sama ialah Kawasaki Ninja ZX-14R 40th Anniversary Edition 2024. Di pasaran USA, model dengan skim warna istimewa dan bersejarah Lime Green / Pearl Crystal White / Blue itu ditawarkan dengan harga $17,249.00, bersamaan RM 82,441.60.

Kawasaki Ninja ZX-14R 40th Anniversary Edition 2024 dikuasakan enjin sebesar 1,441cc (liquid-cooled, in-line four, DOHC, 16 valves) dengan gandingan transmisi enam kelajuan, dan menjana sehingga 210PS @ 10,000rpm (with Ram Air) dengan tork 158.2 Nm @ 7,500rpm. Tinggi tempat duduknya 800 mm, kapasiti tangki bahan api 22 liter, dan berat mencapai 269 kg (curb weight).