Kawasaki rasmi memperkenalkan tiga buah model istimewa iaitu Kawasaki Ninja ZX-4RR 40th Anniversary Edition 2024, Kawasaki Ninja ZX-6R 40th Anniversary Edition 2024, dan model Kawasaki Ninja ZX-10R 40th Anniversary Edition 2024. Ketiga-tiga model tersebut diperkenalkan bagi meraikan ulang tahun ke-40 model Ninja, yang muncul buat pertama kali pada tahun 1984.
Kawasaki Ninja ZX-10R 40th Anniversary Edition 2024 juga ditawarkan dengan skim warna Lime Green / Pearl Crystal White / Blue 24. Spesifikasi dan ciri-cirinya pula bagaimanapun kekal sama dan tiada sebarang perubahan terbaharu. Sama seperti Kawasaki Ninja ZX-10R 2022 di pasaran Malaysia, enjinnya bersesaran 998cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves).
Enjin itu menawarkan prestasi maksimum 201hp @ 14,000rpm dengan tork maksimum 111.8Nm @ 11,700rpm. Kapasiti penuh tangki bahan apinya 17 liter. Spesifikasi lain termasuklah suspensi berprestasi tinggi Showa, Ă–hlins Electronic Steering Damper, panel digital TFT (with smartphone connectivity via RIDEOLOGY THE APP), dan juga sistem brek cakera dengan kaliper Brembo.
Sistem elektroniknya pula ialah Kawasaki Cornering Management Function (KCMF), Bosch IMU, Sport-Kawasaki TRaction Control (S-KTRC), Kawasaki Launch Control Mode (KLCM), Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS), Kawasaki Engine Brake Control, sistem Power Modes, Kawasaki Quick Shifter (KQS), riding mode Sport, Road, Rain dan Rider, dan Cruise Control.
Kawasaki Ninja ZX-10R 40th Anniversary Edition 2024 juga dilengkapi sistem lampu depan LED. Di bahagian roda, ianya didatangkan masing-masing dalam ukuran 120/70-R17 dan 190/55-R17. Tempat duduknya mempunyai ketinggian 835 mm, manakala berat keseluruhannya ialah 207 kg. Setakat ini belum ada maklumat sama ada versi istimewa ini akan turut dilancarkan di Malaysia.