Kawasaki kini dengan rasminya melancarkan model elektrik terbaharu Kawasaki Z e-1 ABS 2024 untuk pasaran USA. Harga jualannya ditawarkan sebanyak $7,299.00, bersamaan RM 34,509.67 mengikut nilai semasa. Hanya satu pilihan warna yang tersedia iaitu Metallic Bright Silver / Matte Lime Green / Ebony, dan ianya akan tiba di cawangan pengedar bermula bulan Disember 2023.
Kawasaki Z e-1 ABS 2024 dilengkapi motor elektrik dengan janaan kuasa daripada dua pek bateri Lithium-ion berkapasiti 50.4 V 30 Ah. Tempoh pengecasan bateri sehingga 3.7 jam, dengan jarak perjalanannya 41 batu (65 km). Kelajuan maksimum model tersebut dalam mod ROAD mencapai 53 mph (63 mph with e-boost), dan kelajuan bagi mod ECO ialah 40 mph (45 mph with e-boost).
Antara teknologi menarik yang disediakan termasuklah E-Boost, Power Modes, Walk Mode (With Reverse), Smartphone Connectivity, dan sistem brek cakera dengan ABS. Dari segi rekaan, ianya sama seperti model Modenas Z250 yang ketika ini ditawarkan di pasaran Malaysia. Adakah Z e-1 yang sifar emisi dan mesra alam ini juga akan dilancarkan di pasaran Malaysia suatu hari nanti?