Selain model Kawasaki Z e-1 ABS 2024, sebuah lagi model elektrik terbaharu turut dilancarkan di pasaran USA iaitu Kawasaki Ninja e-1 ABS 2024. Tampil dengan satu skim warna iaitu Metallic Bright Silver / Matte Lime Green / Ebony, model tersebut kemudiannya ditawarkan dengan harga $7,599.00 (RM 35.928.07). Tarikh ianya tiba di cawangan pengedar ialah pada Disember 2023.
Kawasaki Ninja e-1 ABS 2024 digerakkan oleh motor elektrik, dengan kuasanya datang daripada dua pek bateri Lithium-ion berkapasiti 50.4 V 30 Ah. Tempoh masa mengecas bateri ialah 3.7 jam, dengan jarak perjalanan sehingga 41 batu atau sekitar 65 km (approximate in ROAD Mode w/o e-boost). Kelajuan maksimum dalam mod ROAD ialah 55 mph, dan bagi mod ECO ialah 40 mph.
Sama seperti model elektrik naked Z e-1, model elektrik sport bike Ninja e-1 ini juga didatangkan dengan ciri-ciri menarik seperti E-Boost, Power Modes, Walk Mode (With Reverse), Smartphone Connectivity, dan sistem brek cakera dengan ABS. Untuk pasaran Malaysia, diharapkan Modenas akan mempertimbangkan pelancaran model elektrik ini, yang sifar emisi dan lebih mesra alam.