Kawasaki Ninja ZX-6R 40th Anniversary Edition 2024

Selain model Kawasaki Ninja ZX-4RR 40th Anniversary Edition 2024, sebuah lagi model yang baru diperkenalkan ialah Kawasaki Ninja ZX-6R 40th Anniversary Edition 2024. Ianya juga tampil dengan skim warna bersejarah yang cukup menarik iaitu Lime Green / Pearl Crystal White / Blue 24, bagi meraikan sambutan ulang tahun buat kali yang ke-40 untuk model Kawasaki Ninja.

Kawasaki Ninja ZX-6R 40th Anniversary Edition 2024 masih mengekalkan spesifikasi yang sama seperti model yang diperkenalkan sebelum ini. Antaranya enjin 636cc (liquid-cooled, 4-stroke, in-line four, DOHC, 16 valves) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch. Jumlah kuasa maksimumnya 129PS @ 13,000rpm (with Ram Air) dengan tork 69Nm @ 11,000rpm.

Spesifikasi menarik yang lain seperti KTRC (Kawasaki TRaction Control), KQS (Kawasaki Quick Shifter), Power Modes, fork depan SFF-BP, suspensi belakang Bottom-link Uni-Trak, sistem brek cakera dengan ABS dan KIBS (Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System), paparan meter TFT 4.3 inci dengan ciri sambungan ke telefon pintar, tangki petrol 17 liter, dan berat hanya 198 kg.