Web Analytics
Yamaha Exciter 155 VVA 2023 (Limited Edition GP ABS dan Monster Energy MotoGP ABS) di pasaran Vietnam – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Yamaha Exciter 155 VVA 2023 (Limited Edition GP ABS dan Monster Energy MotoGP ABS) di pasaran Vietnam

Pasaran Vietnam baru-baru ini rasmi menerima pelancaran model Yamaha Exciter 155 VVA 2023, yang kini tampil dengan gaya rekaan facelift terbaharu dan naik taraf terkini. Terdapat lima varian kesemuanya yang ditawarkan untuk model tersebut, seperti senarai berikut :

  • Yamaha Exciter 155 VVA 2023 (Standard Version – Non-ABS)
  • Yamaha Exciter 155 VVA 2023 (Premium Version – Non-ABS)
  • Yamaha Exciter 155 VVA 2023 (Premium Version – ABS)
  • Yamaha Exciter 155 VVA 2023 (Limited Edition GP – ABS)
  • Yamaha Exciter 155 VVA 2023 (Limited Edition Monster Energy MotoGP – ABS)

Bagi model Yamaha Exciter 155 VVA 2023 dalam versi Limited Edition GP ABS dan Limited Edition Monster Energy MotoGP ABS, kedua-duanya itu merupakan varian teratas dengan kelengkapan sistem brek ABS Single Channel. Sistem brek ABS di bahagian roda depan itu dipadankan dengan kaliper dua piston dan juga cakera brek dalam saiz sebesar 267 mm.

Spesifikasi teknikal yang lain untuk kedua-dua varian tersebut adalah sama sahaja dengan Yamaha Exciter 155 VVA 2023 bagi varian Premium Version ABS, kecuali perbezaan warna luaran. Bagi varian Limited Edition GP ABS, satu skim warnanya ialah Green GP, manakala varian Limited Edition Monster Energy MotoGP ABS hadir dalam skim warna Blue – Black.

Harga jualan yang ditawarkan untuk kedua-dua varian Limited Edition GP itu adalah sama, iaitu sebanyak 55,000,000 VND, bersamaan nilai RM 10,623.76 mengikut kadar mata wang semasa. Sementara itu untuk pasaran Malaysia, dijangkakan Yamaha Y16ZR 2024 dalam versi ABS yang sama akan turut dilancarkan, dengan jangkaannya pada tahun depan.

Artikel berkaitan :

Galeri : Yamaha Exciter 155 VVA Limited Edition GP ABS 2023

Galeri : Yamaha Exciter 155 VVA Limited Edition Monster Energy MotoGP ABS

 
Arena Motosikal © 2023