Galeri : Yamaha MT-03 2007

Di pasaran Malaysia pada ketika ini, Yamaha MT-25 2022 ditawarkan dengan harga asas RM 22,998.00. Di pasaran luar negara, model naked tersebut juga ditawarkan dalam varian Yamaha MT-03, yang dilengkapi enjin dua silinder lebih besar iaitu bersesaran 321cc.

Namun tahukah anda, generasi pertama Yamaha MT-03 diperkenalkan pada tahun 2006, dan ianya dilengkapi enjin satu silinder bersesaran 659.7cc. Di samping itu, reka bentuknya juga lebih radikal, terutamanya di bahagian suspensi dan sistem ekzos berkembarnya.

Untuk anda, di bawah berikut ialah galeri gambar-gambar menarik Yamaha MT-03 keluaran tahun 2007. Pengeluaran terakhir model tersebut ialah pada tahun 2014, dan kemudiannya telah digantikan dengan model Yamaha MT-03 serba baharu bermula pada tahun 2016.