Tempahan kini dibuka untuk Modenas Ninja ZX-25R, pelancaran rasmi pada September 2023

Modenas hari ini rasmi melancarkan Modenas Ninja 250 ABS 2023, dengan pilihan warna baharu KRT Edition. Di samping itu, Modenas turut mengumumkan tempahan untuk model terbaharu Modenas Ninja ZX-25R kini telah dibuka, dengan pelancaran rasminya pada awal September 2023. Untuk pasaran Malaysia, dua varian akan ditawarkan iaitu SE dan RR.

Anggaran harganya pula antara RM 33k sehingga RM 40k, dan model tersebut merupakan versi pemasangan tempatan dari kilang Modenas di Gurun, Kedah. Untuk pilihan warnanya, mungkin sama seperti Ninja ZX-25R SE dan Ninja ZX-25RR model tahun 2024, yang ketika ini ditawarkan di pasaran negara jiran Indonesia, seperti mana paparan galeri di bawah.

Modenas Ninja ZX-25R, dalam versi SE dan juga RR, merupakan sebuah model sport bike berprestasi tinggi. Ianya dilengkapi enjin 250cc dengan empat silinder, dengan kuasa 50PS (51PS with Ram Air) @ 15,500rpm dan tork 22.9Nm @ 14,500rpm. Jika anda peminat tegar dan pemilik lesen B2, tempah segera model ini di cawangan pengedar yang berdekatan.

Galeri : Kawasaki Ninja ZX-25R SE 2024

Galeri : Kawasaki Ninja ZX-25RR 2024