BMW G 310 RR 2023 terima warna baharu Cosmic Black 2 di pasaran India

Model sport bike BMW G 310 RR 2023 telah dilancarkan di pasaran India pada bulan Julai 2022 yang lalu, dalam dua pilihan warna iaitu Sport dan Black Storm Metallic. Kini model itu telah menerima tambahan satu skim warna baharu, yang diberi nama Cosmic Black 2.

Setakat ini BMW G 310 RR 2023 masih mengekalkan spesifikasi yang sama, termasuklah enjin 312.12cc satu silinder dengan transmisi enam kelajuan dan Anti-hopping Clutch. Enjin itu menghasilkan kuasa 34PS @ 9,700rpm dengan tork 27.3Nm @ 7,700rpm (Track / Sport Mode), dan 25.8PS @ 7,700rpm dengan tork 25Nm @ 6,700rpm (Rain / Urban Mode).

Sistem transmisinya ialah enam kelajuan dengan Anti-hopping Clutch. Spesifikasi menarik lainnya seperti Ride by Wire, empat mod tunggangan Track, Urban, Sport dan Rain, sistem lampu LED, panel meter TFT 5.0 inci, fork depan terbalik, suspensi belakang tunggal (Pre-load Adjustable), ABS dua saluran, tangki bahan api 11 liter, dan tinggi pelana 811 mm.

BMW G 310 RR 2023 berdiri di atas tayar depan dan belakang dalam saiz 110/70-R17 dan 150/60-R17, dan berat penuh jentera sport itu mencapai 174 kg. Untuk pasaran India, harga jualannya ditawarkan bermula dari ₹ 3,00,000.00, yang bersamaan nilai RM 16,488.45.