Web Analytics
Suzuki V-Strom 800DE Tour 2023 diperkenalkan di pasaran UK – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Suzuki V-Strom 800DE Tour 2023 diperkenalkan di pasaran UK

Pasaran Malaysia sebelum ini telah menerima pelancaran model adventure terbaharu iaitu Suzuki V-Strom 800DE 2023. Sementara itu di pasaran UK, turut dilancarkan ialah varian Suzuki V-Strom 800DE Tour 2023, lengkap dengan tiga kotak bagasi jenis aluminium.

Kotak bagasi aluminium (three-piece aluminium luggage) itu didatangkan dalam dua pilihan warna Silver dan Black, dengan kapasiti storan 112 liter. Tambahan harga untuk varian Tour hanyalah £1,500.00 berbanding varian Standard tanpa tiga kotak bagasi tersebut, dan ianya memberikan penjimatan sehingga £672.98 berbanding membelinya secara berasingan.

Untuk pasaran Malaysia, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada pihak Suzuki Malaysia akan turut menawarkan Suzuki V-Strom 800DE dalam varian Tour ini. Namun ianya bukan suatu masalah, kerana pilihan aksesori berkaitan sudah pasti ada di pasaran tempatan.

 
Arena Motosikal © 2023