Yamaha PTX-I keluaran tahun 1983 di pasaran Jepun ini merupakan sebuah kereta mikro yang comel. Ianya mempunyai reka bentuk kekotak yang bersaiz kompak dan padat, lengkap dengan ciri-ciri sebuah kereta sebenar. Hanya satu tempat duduk yang tersedia, khusus untuk pemandu sahaja.
Menurut maklumat dari allcarindex.com, Yamaha PTX-I ini mempunyai ukuran panjang 1,950 mm, lebar 1,200 mm, tinggi 1,290 mm, dan berat hanya 165 kg. Enjinnya pula bersesaran 50cc. Ianya dipercayai menawarkan ciri-ciri pemanduan yang mudah dikendalikan, dan pastinya menyeronokkan.