Untuk pasaran Eropah, Benelli Leoncino 500 2023 telah menerima skim warna dan grafik baharu iaitu Dark Matt Grey. Di samping itu, fork depan dan plak melengkung pada tangki termasuklah logo Benelli, kini tampil berwarna hitam. Pilihan warna lain untuk model tersebut ialah Black, Red dan Green.
Benelli Leoncino 500 2023 merupakan sebuah model naked bergaya retro, dan dikuasakan enjin bersesaran 500cc (In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled, DOHC, 4 valves) dengan transmisi enam kelajuan. Keluaran kuasa maksimumnya 47.6hp @ 8,500rpm dengan tork maksimum 46Nm @ 6,000rpm.