Yamaha Niken GT 2023 dilancarkan di pasaran Jepun, harga bersamaan RM 72,116.80

Yamaha Niken GT 2023 pada beberapa hari yang lepas rasmi dilancarkan di pasaran Jepun, dalam pilihan warna Black sahaja. Harga jualannya sebanyak 2,200,200.00 Yen, bersamaan nilai RM 72,116.80. Menurut Yamaha, model tiga roda itu hanya akan dibina apabila ditempah oleh pelanggan.

Yamaha Niken GT 2023 dilengkapi enjin bersesaran 888cc (4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 4-valves, 3-cylinder) dengan kuasa maksimum 116PS @ 10,000rpm dan tork 91Nm @ 7,000rpm. Untuk perjalanan yang lebih jauh, model seberat 270 kg ini dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti 18 liter.