Kawasaki Ninja ZX-25RR 2024 diperkenalkan di pasaran Indonesia

Selain daripada model Kawasaki Ninja ZX-25R 2024 dan Kawasaki Ninja ZX-25R SE 2024, pasaran Indonesia baru-baru ini turut menerima model Kawasaki Ninja ZX-25RR 2024. Namun model tersebut masih mengekalkan skim warna dan spesifikasi yang sama seperti model tahun 2023.

Harga yang ditawarkan pula ialah sebanyak Rp. 132,000,000.00, bersamaan RM 40,635.12 (kadar semasa). Berbanding versi Standard dan SE, versi RR ini dilengkapi sistem suspensi depan dan belakang yang lebih canggih. Prestasi enjin untuk ketiga-tiga versi tersebut bagaimanapun masih sama.