Web Analytics
Kawasaki Ninja ZX-25R 2024 diperkenalkan di pasaran Indonesia – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Kawasaki Ninja ZX-25R 2024 diperkenalkan di pasaran Indonesia

Untuk pasaran Indonesia, Kawasaki Ninja ZX-25R 2024 baru saja diperkenalkan, dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Metallic Spark Black. Ianya merupakan varian Standard, dan ditawarkan dengan harga jualan Rp. 107,540,000.00, bersamaan nilai RM 33,234.83 berdasarkan kadar mata wang semasa.

Kawasaki Ninja ZX-25R 2024 dilengkapi enjin empat silinder bersesaran 249.8cc (liquid-cooled, DOHC, 16 valves) dengan padanan sistem transmisi enam kelajuan. Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 50PS (51PS dengan Ram Air) @ 15,500rpm dengan tork maksimum 22.9Nm @ 14,500rpm.

 
Arena Motosikal © 2023