Web Analytics
KTM 200 Duke 2023 di pasaran India terima sistem lampu depan LED – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

KTM 200 Duke 2023 di pasaran India terima sistem lampu depan LED

Di pasaran India, model naked KTM 200 Duke 2023 kini telah dilengkapi sistem lampu depan LED. Dua pilihan warna yang ditawarkan pula ialah Dark Silver Metallic dan Electronic Orange. Harga jualannya ditetapkan sebanyak  INR 196,685.00., bersamaan nilai RM 11,103.80 mengikut kadar semasa.

KTM 200 Duke 2023 dilengkapi enjin bersesaran 199.5cc (Single Cylinder, Liquid Cooled, DOHC, FI Engine) dengan sistem transmisi enam kelajuan. Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 25PS @ 10,000rpm dengan tork 19.3Nm @ 8,000rpm. Kapasiti tangki bahan api 13.4 liter, dan beratnya 159 kg.

 
Arena Motosikal © 2023