Pada bulan Jun 2023 yang lepas, Ducati telah memperkenalkan model kembara Ducati Multistrada V2 S 2024. Model tersebut kini tampil dengan satu pilihan warna terbaharu iaitu Thrilling Black & Street Grey, dan dijadualkan akan berada di pasaran Eropah dalam masa yang terdekat ini.
Ducati Multistrada V2 S 2024 kekal dikuasakan enjin bersesaran 937cc (Ducati Testastretta 11° twin-cylinder) bertaraf Euro 5, dengan kuasa maksimum 113hp @ 9,000rpm dan tork maksimum 94Nm @ 6,750rpm. Kapasiti tangki bahan api 20 liter, dan beratnya mencapai 225 kg (kerb weight).