WMoto Malaysia (MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.) baru-baru ini telah memperkenalkan model kapcai retro WMoto RTR 50 2023, melalui paparan di dalam laman sesawang rasmi mereka.
Di pasaran ketika ini, Yamaha menawarkan model retro Yamaha XSR900 2022 dengan gaya dan reka bentuk yang cukup menawan. Bagaimanapun tidak semua yang mampu memiliki model tersebut, sama ada kerana harga atau pasarannya yang tidak meluas.
Selain daripada model Ducati Panigale V4 R 2023, pasaran Malaysia pada yang sama turut menerima pelancaran model naked Ducati Monster SP 2023. Tampil dalam hanya satu skim warna, harga jualannya di pasaran Malaysia ialah sebanyak RM 98,900.00.
Ducati Malaysia baru-baru ini dengan rasminya telah melancarkan jentera superbike terbaharu Ducati Panigale V4 R 2023, dengan harga sebanyak RM 458,900.00. Pilihan warna tunggalnya ialah R Livery, dan setiap unit tampil dengan nombor siri eksklusif.
Model naked Kiden KD200-Z 2023 baru-baru ini telah diperkenalkan di pasaran China. Model tersebut tampil dengan dua pilihan warna, dan ditawarkan dengan harga jualan sebanyak CNY 14,300.00, bersamaan nilai RM 9,306.90 berdasarkan kadar semasa.
Di pasaran Eropah, salah sebuah model terbaharu yang diperkenalkan oleh MBPMoto ialah MBP C1002V 2023, iaitu sebuah model cruiser yang tampil sporty dan kelihatan premium. Model itu kemudiannya didatangkan tiga pilihan warna yang menarik.