Model naked Kiden KD200-Z 2023 baru-baru ini telah diperkenalkan di pasaran China. Model tersebut tampil dengan dua pilihan warna, dan ditawarkan dengan harga jualan sebanyak CNY 14,300.00, bersamaan nilai RM 9,306.90 berdasarkan kadar semasa.
Kiden KD200-Z dilengkapi enjin berkapasiti 198cc (single cylinder, liquid cooled, SOHC) dengan transmisi enam kelajuan dan assist & slipper clutch. Enjin itu mempunyai kuasa maksimum 21.9hp (16.1kW) @ 9,000rpm dengan tork maksimum 19Nm @ 7,000rpm.
Untuk perjalanan lebih jauh, model naked tersebut dilengkapi tangki bahan api 17 liter. Sistem breknya lengkap dengan ABS Dual Channel. Tayar depan dan belakang bersaiz 110/70-17 dan 130/70-17, dan tinggi tempat duduk 770 mm. Berat penuhnya 152 kg.
Ciri-ciri menariknya yang lain adalah seperti fork depan jenis terbalik, sistem lampu LED sepenuhnya, panel meter digital LCD, butang suis handlebar dengan lampu latar, Tyre Pressure Monitoring System, dwi pengecas USB, dan Guard Bar untuk keselamatan.