Kawasaki kini rasmi memperkenalkan model terbaharu Kawasaki Ninja ZX-6R 2024 di pasaran Eropah, atau lebih tepat lagi di pasaran Slovakia. Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Lime Green / Ebony dan Metallic Graphite Gray / Metallic Diablo Black.
Dari segi penampilan, Kawasaki Ninja ZX-6R 2024 kini mempunyai gaya rekaan facelift terbaharu, yang boleh dikatakan lebih sporty berbanding generasi sebelumnya. Selain itu, enjinnya juga kini telah menerima naik taraf terkini dan patuh piawaian Euro 5.
Enjin bersesaran 636cc (liquid-cooled, four-stroke inline four-cylinder) itu menawarkan kuasa maksimum 124PS @ 13,000rpm dengan tork maksimum 69Nm @ 10,800rpm, seterusnya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.
Tangki bahan apinya berkapasiti 17 liter, dan menyumbang kepada berat penuh 198 kg. Ciri-ciri menarik lain seperti fork depan USD (SFF-BP), suspensi belakang Bottom-Link Uni Trak, saiz tayar 120/70-17 dan 180/55-17, dan tinggi tempat duduk 830 mm.
Melengkapkan lagi Kawasaki Ninja ZX-6R 2024 ini ialah mod tunggangan Sport, Road, Rain dan Rider (manual), Quick Shifter, KTRC (Kawasaki TRaction Control), sistem brek ABS, dan panel instrumen TFT 4.3 inci dengan ciri sambungan ke telefon pintar.


















