Spyshot unit ujian Yamaha XMAX 250 2023 di Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi

Di pasaran Malaysia pada ketika ini, skuter Yamaha XMAX 250 2022 telah dilancarkan dengan warna baharu pada Mac 2022, dan dijual dengan harga asas RM 21,998.00.

Terkini, model tersebut bakal digantikan dengan model generasi baharu Yamaha XMAX 250 2023, yang bakal dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor tidak lama lagi.

Berdasarkan sumber dari laman Facebook Arena Motor, baru-baru ini kelibat model itu yang sedang ditunggang uji telah berjaya dirakamkan berdekatan Rawang, Selangor.

Melalui beberapa keping gambar spyshot berkenaan, tidak syak lagi bahawa ianya ialah model Yamaha XMAX 250 2023, sama seperti model yang dijual di pasaran Indonesia.

Sementara itu pasaran Thailand sebelum ini turut menerima pelancaran model tersebut, namun ianya ditawarkan dalam varian Yamaha XMAX 300 2023 dengan enjin 292cc.

Setakat ini tidak pasti bilakah Yamaha XMAX 250 2023 itu akan dilancarkan di pasaran Malaysia. Mungkin pada penghujung tahun ini, jadi sama-samalah kita nantikannya.