BMW Motorrad baru-baru ini telah melancarkan model terbaharu BMW S 1000 RR 2023 untuk pasaran Malaysia, dalam dua pilihan varian Style Passion dan M Package.
Kedua-dua varian itu tampil berbeza, di mana varian Style Passion menawarkan warna Racing Red, manakala varian M Package pula hadir dengan skim warna Lightwhite.
Perbezaan lain ialah varian M Package dilengkapi dengan beberapa komponen ringan, menjadikan beratnya hanya 193.5 kg, berbanding berat Style Passion pada 197 kg.
BMW S 1000 RR 2023 dikuasakan enjin bersesaran 999cc dengan gandingan transmisi 6-kelajuan, yang menawarkan kuasa maksimum sehingga 210hp @ 13,750rpm dengan tork puncak 113Nm @ 11,000rpm. Kelajuan maksimum jentera itu mencecah 303 km/j.
Untuk pasaran Malaysia, harga yang ditetapkan adalah sebanyak RM 129,500.00 untuk varian Style Passion, dan RM 149,500.00 untuk M Package (tidak termasuk insuran).
Berikut ialah senarai kelengkapan standard yang melengkapi BMW S 1000 RR 2023 :
- BMW Motorrad ABS
- ABS PRO
- DTC (Dynamic Traction Control)
- HSC (Hill Start Control)
- 4 riding modes (Rain, Road, Dynamic, Race)
- Shift assistant Pro
- 6.5″ TFT-Display
- M Chassis Kit
- M GPS Laptrigger (activation code)
- M lightweight battery