GPX Legend 250 Twin II 2023 terima warna baharu Forest Green

Model cafe racer GPX Legend 250 Twin II 2023 kini diperkenalkan di pasaran Malaysia, tampil dengan warna baharu Forest Green yang kelihatan lebih menarik dan segar.

Warna terbaharu itu merupakan tambahan kepada dua warna terdahulu iaitu Black dan Gray, yang diperkenalkan melalui pelancaran model tersebut pada bulan Ogos 2022.

Untuk musim 2023, GPX Legend 250 Twin II kini ditawarkan dengan harga jualan asas sebanyak RM 13,888.00. Di bahagian teknikal pula, tiada sebarang perubahan terkini.

GPX Legend 250 Twin II 2023 dikuasakan enjin bersesaran 234cc (2-cylinder, 4-stroke, 4-valve, SOHC, oil-cooled), dan dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan.

Ciri-ciri menarik yang melengkapinya ialah seperti brek cakera depan berkembar, panel meter digital LCD, lampu depan LED dengan DRL, dan kapasiti tangki petrol 14.5 liter.