Model skuter Yamaha Aerox 2023 secara rasminya dilancarkan untuk pasaran Thailand baru-baru ini, dan kini tampil dengan skim warna baharu yang lebih sporty dan segar.
Bagi varian Standard, dua pilihan warna yang ditawarkan ialah Neon Grey dan Sporty White, manakala varian ABS didatangkan dua skim warna Deep Purple dan Dark Blue.
Harga jualan yang ditawarkan untuk varian Standard ialah sebanyak THB 72,500, iaitu bersamaan RM 9,266.07, dan sebanyak THB 83,500 (RM 10,671.96) untuk varian ABS.
Spesifikasi teknikal lain masih kekal sama seperti mana model tahun 2022, antaranya dilengkapi enjin 155cc VVA yang berprestasi dan dipadankan transmisi automatik CVT.
Galeri : Yamaha Aerox 2023 (Standard)
Galeri : Yamaha Aerox 2023 (ABS)
Galeri : Brosur Yamaha Aerox 2023