Selain daripada pasaran Amerika Syarikat, pasaran Kanada juga menerima pelancaran Kawasaki Ninja ZX-4RR 2023, dengan harga jualan $ 10,999.00 (RM 36,077.81).
Lebih dari itu, pasaran Kanada juga kini ditawarkan model Kawasaki Ninja ZX-4R 2023, yang merupakan varian Standard dengan pilihan warna tunggal Metallic Spark Black.
Oleh kerana ianya varian Standard dengan spesifikasi yang lebih rendah, jadi harganya boleh dikatakan lebih berpatutan iaitu sebanyak $ 9,999.00 (RM 32,797.71) sahaja.
Di bahagian enjin, Kawasaki Ninja ZX-4R 2023 dikuasakan enjin 399cc (4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.
Model sport bike berprestasi tinggi itu seterusnya menjana kuasa maksimum 77PS, dan 80PS dengan Ram Air. Kapasiti tangki petrol jentera seberat 188 kg itu ialah 15 liter.
Setakat ini untuk pasaran Malaysia, Ninja ZX-25R telah disahkan akan dilancarkan oleh Modenas tidak lama lagi. Namun untuk Ninja ZX-4R, belum ada perkembangan terkini.