Warna baharu Yamaha YZF-R15 V4 2023 di pasaran India

Pada beberapa hari yang lepas, Yamaha YZF-R15 V4 2023 secara rasmi diperkenalkan di pasaran India. Model tersebut kini tampil dengan pilihan warna baharu Dark Knight.

Di samping itu, dua lagi pilihan warna terdahulu daripada musim 2022 masih ditawarkan iaitu Metallic Red dan Racing Blue. Harganya pula ialah INR 1,85,900 (RM 9,949.81).

Spesifikasi teknikal dan ciri-ciri pada Yamaha YZF-R15 V4 2023 masih lagi kekal sama dan tiada sebarang naik taraf terkini. Di bahagian enjin, ianya bersesaran 155cc (Liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve) yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 18.4PS @ 10,000rpm dengan tork maksimum 14.2Nm @ 7,500rpm. Model dengan berat 141 kg itu mempunyai tangki petrol 11 liter.

Model sport bike sporty itu seterusnya dilengkapi Assist & Slipper Clutch, Quick Shifter, Traction Control System, ABS Dual Channel, dan juga teknologi Yamaha Y-Connect.