Spesifikasi rasmi CFMOTO 800NK 2023 kini didedahkan

CFMOTO kini mendedahkan spesifikasi teknikal rasmi untuk model naked terbaharunya iaitu CFMOTO 800NK 2023, yang bakal dilancarkan di pasaran China tidak lama lagi.

Berdasarkan maklumat tersebut, CFMOTO 800NK dikuasakan enjin dua silinder 799cc, dengan kuasa maksimum 100.8hp @ 9,000rpm dan tork puncak 81Nm @ 8,000rpm.

Kelajuan maksimum model dengan berat 186 kg itu pula dikatakan melebihi angka 220 km/j. Selain itu ianya juga dilengkapi tiga mod tunggangan iaitu Rain, Street dan Sport.

Sistem lampu tentunya semua LED, termasuklah paparan panel instrumen digital. Buat masa ini belum dapat dipastikan tarikh pelancarannya, begitu juga dengan harganya.