Honda ADV160 2023 rasmi dilancarkan di pasaran Singapura

Sementara kita menantikan pelancaran Honda ADV160 untuk pasaran Malaysia, model tersebut pada Disember 2022 yang lepas rasmi dilancarkan di pasaran Singapura.

Empat pilihan warna ditawarkan untuk pasaran negara tersebut iaitu Pearl Smoky Gray, Mat Gunpowder Black Metallic, Pearl Bosporus Blue dan Mat Dahlia Red Metallic.

Berdasarkan paparan maklumat di dalam laman sesawang rasmi Boon Siew Singapore, Honda ADV160 2023 itu merupakan produk yang dipasang oleh kilang Honda Thailand.

Spesifikasi teknikal dan ciri-ciri yang melengkapinya adalah sama seperti mana yang disebutkan sebelum ini, antaranya dilengkapi enjin eSP+ terbaharu bersesaran 156cc.

Menurut Boon Siew Singapore, kelajuan maksimum Honda ADV160 itu mencapai paras 105 km/j, sementara tahap penggunaan bahan apinya berada pada paras 45 km/liter.

Dengan pelancarannya di pasaran Singapura, bermakna pasaran Malaysia juga bakal menerima model tersebut tidak lama lagi. Diharapkan dalam masa yang terdekat ini.

Sumber gambar : carousell.sg