Penampilan baharu Suzuki Gixxer 150 2023 di pasaran Jepun

Model naked Suzuki Gixxer 150 2023 diperkenalkan secara rasmi di pasaran Jepun hari ini, dengan kemaskini tiga pilihan warna baharu yang tampil lebih sporty dan segar.

Tiga pilihan warna baharu itu ialah Triton Blue Metallic, Sonic Silver Metallic/Pearl Blaze Orange dan Glass Sparkle Black, dan akan tiba di pasaran pada 27hb. Januari 2023.

Menurut pengeluarnya, Suzuki Gixxer 150 2023 kini telah pun mematuhi piawaian emisi terkini di Jepun, namun spesifikasi teknikalnya kekal sama seperti model sebelumnya.

Model tersebut dilengkapi enjin SEP (Suzuki Eco Performance) bersesaran 154cc (air-cooled, single cylinder, SOHC, 2-valve), dengan padanan transmisi enam kelajuan.

Enjin yang cekap, ekonomi dan mesra alam itu menawarkan kuasa maksimum 13PS @ 8,000rpm dengan tork 13Nm @ 5,750rpm. Kapasiti tangki bahan apinya ialah 12 liter.

Selain itu ianya juga dilengkapi sistem brek cakera depan dengan ABS, fork depan jenis teleskopik dan suspensi belakang tunggal dengan ciri pelarasan prabeban 7 tahap.

Di bahagian tayar, ianya bersaiz 100/80-17 (depan) dan 140/60-17 (belakang). Tempat duduknya mempunyai ketinggian 795 mm, dan berat keseluruhannya ialah 139 kg.

Ciri-ciri menarik yang lain seperti lampu depan LED, meter digital LCD dengan penunjuk gear, jam dan masa untuk menukar minyak enjin, dan juga dilengkapi tongkat tengah.

Untuk pasaran Jepun, Suzuki Gixxer 150 2023 yang sporty ini ditawarkan dengan harga 385,000.00 Yen, bersamaan nilai RM 12,705.60 mengikut kadar mata wang semasa.