Web Analytics
Honda ADV160 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Honda ADV160 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia

Selain daripada model Honda ADV250 2023, para peminat model skuter adventure di pasaran Malaysia pada ketika ini turut menantikan pelancaran Honda ADV160 2023.

Setakat ini, Honda ADV160 telah diperkenalkan di pasaran Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun. Untuk pasaran Malaysia pula, pelancaran rasminya mungkin pada tahun ini.

Apabila dilancarkan nanti, Honda ADV160 akan menggantikan model semasa Honda ADV150, yang ketika ini ditawarkan dengan harga jualan asas sebanyak RM 11,999.00.

Dari segi reka bentuk, kedua-dua model berkenaan tampil seakan-akan sama, namun rekaan facelift terbaharu Honda ADV160 sebenarnya kelihatan lebih sporty dan elegan.

Di samping itu, enjin eSP+ bersesaran 156cc (4-stroke, 4-valve, SOHC, liquid-cooled) pada Honda ADV160 kini tampil lebih berkuasa pada paras 16PS dengan tork 15Nm.

Spesifikasi dan ciri-ciri baharu yang lain termasuklah HSTC (Honda Selectable Torque Control), panel meter LCD baharu, dan pengecas USB baharu di dalam kotak konsol.

Selain itu ialah tempat duduknya kini lebih rendah pada paras 780 mm, ruang storan di bawah tempat duduk meningkat kepada 30 liter, dan windscreen yang kini lebih tinggi.

Honda ADV160 turut dilengkapi Smart Key, lampu depan LED dengan DRL, lampu ESS (Emergency Stop Signal), sistem brek ABS Single Channel, dan tangki petrol 8.1 liter.

Adakah benar Honda ADV160 2023 ini akan dilancarkan oleh pihak Boon Siew Honda pada tahun ini juga? Sama-samalah kita nantikan perkembangan rasmi selanjutnya.

Galeri : Honda ADV160 2023 di pasaran Jepun

 
Arena Motosikal © 2023