Model kapcai Aveta DY90 2022 di pasaran Malaysia

Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah pengeluar motosikal di pasaran negara kita Malaysia. Antara model motosikal yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut ketika ini ialah model kapcai yang diberi nama Aveta DY90. Berdasarkan maklumat terdahulu, Aveta DY90 diperkenalkan di pasaran tempatan pada awal tahun 2020, dan sehingga tahun 2022 ianya masih lagi ditawarkan.

Aveta DY90 dilengkapi enjin empat lejang dengan sistem sejukan udara, dengan kapasiti enjin 90cc (4 Stroke, Air-cooled, Single Cylinder). Enjin itu menggunakan sistem penyampaian bahan api jenis karburetor, dengan kuasa maksimum 7.5hp @ 8,000rpm dan tork puncak 5.7Nm @ 5,500rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan. Kapasiti tangki bahan apinya ialah 3.5 liter.

Spesifikasi Aveta DY90 yang lain termasuklah fork depan teleskopik, suspensi belakang berkembar, brek depan dan belakang jenis dram, rim aloi bersaiz 17 inci yang sporty, dan tersedia dengan tiga pilihan warna menarik iaitu biru, merah dan hitam. Berdasarkan maklumat yang diperolehi di dalam internet, harga jualannya adalah sekitar RM 3,000.00 sahaja, boleh dikatakan sangat berpatutan.