Solar Thailand merupakan pengeluar motosikal baharu di pasaran Thailand. Salah satu model yang diperkenalkan hari ini ialah model kapcai terbaharu Solar Proud 125 2023, dengan rekaannya mirip model Honda EX5. Model tersebut memiliki enjin berkapasiti 123.7cc dengan sistem karburetor dan kotak gear empat kelajuan. Kuasa maksimumnya 8.0hp @ 8,000rpm dan tork 8.8Nm @ 6,000rpm.
Ciri-ciri menarik yang melengkapi Solar Proud 125 ialah sistem lampu LED, suis lampu kecemasan, brek cakera depan, panel meter digital, dan rim aloi 17 inci yang sporty. Setakat ini harga jualannya di pasaran Thailand belum diumumkan, yang pastinya berpatutan. Sementara itu di pasaran negara kita Malaysia, pelbagai model mirip Honda EX5 pernah dan masih lagi ditawarkan sehingga kini.