Kawasaki KSR Pro 2023 di pasaran Indonesia, harga RM 11,704.21

Kawasaki KSR Pro merupakan sebuah model yang pernah ditawarkan di pasaran Malaysia, namun jangka hayat jualannya tidak lama. Di pasaran Indonesia, Kawasaki KSR Pro 2023 ketika ini telah ditawarkan dengan pilihan warna Lime Green, pada harga Rp. 41,000.000 (RM 11,704.21). Kapasiti enjinnya ialah 111cc (Air-cooled, 4-stroke, SOHC, 2 valves) dengan sistem penyampaian bahan api karburetor dan kotak gear empat kelajuan. Kapasiti maksimum tangki bahan apinya pula 7.3 liter.

Kawasaki KSR Pro 2023 menawarkan kuasa maksimum 8.7PS @ 8,500rpm dengan tork 8.4Nm @ 6,000rpm, sudah memadai dengan beratnya yang hanya 94 kg. Model cilik tersebut dilengkapi fork depan jenis inverted, suspensi belakang mono, brek cakera depan dan belakang, saiz tayar depan dan belakang 100/90-12, tinggi tempat duduk 750 mm, dan jarak kelegaan tanah 225 mm. Setakat ini belum ada maklumat sama ada KSR Pro ini akan dilancarkan semula untuk pasaran Malaysia.